IQNA

Catatan:

Kewibawaan Iran Islam menjalankan janji benar berasaskan Al-Quran

7:24 - April 20, 2024
Berita ID: 3104272
IQNA - Paksi pertahanan terus menyokong penduduk Gaza berdasarkan ajaran Islam dan Al-Quran. Oleh itu, kegagalan sebahagian pimpinan muslim untuk membantu orang Islam yang dianiaya dan tidak membela mereka adalah pengkhianatan yang Allah pastilah akan menghukum orang Islam yang membiarkan saudara semuslimnya dianiaya.

Syaikh Mustafa Yazbek «شیخ مصطفی یزبک», seorang profesor hauzah ikmiyah di Lubnan dan anak kepada Syaikh "Muhammad Yazbek" «محمد یزبک» ketua Lembaga Syariah Hizbullah di Lubnan, dalam nota bertajuk: «وإن عُدتم عُدنا» "wa in udtum udna" "Dan jika anda kembali melancarkan serangan kami pun segera melancarkan serangan"  yang diberikannya kepada agensi berita IQNA, dalam mengkaji tindak balas berwibawa Republik Islam Iran terhadap pencerobohan Rejim Zionis telah dibincangkan dari perspektif Al-Quran dan ajaran agama, yang teksnya adalah seperti berikut:

Kewajipan syariah menghendaki orang-orang kafir dan derhaka yang terdapat di setiap pelusuk bumi, hendaklah diperangi mereka supaya mereka tunduk dan melaksanakan perintah Allah. Sebagaimana firman Allah SWT:

وَإِن نَّكَثُوٓا۟ أَيْمَـٰنَهُم مِّنۢ بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا۟ فِى دِينِكُمْ فَقَـٰتِلُوٓا۟ أَئِمَّةَ ٱلْكُفْرِ ۙ إِنَّهُمْ لَآ أَيْمَـٰنَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنتَهُونَ ١٢
"Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat)". (Qs, At-Taubah 9:12).

Juga, Tuhan mahu umat Islam tanpa rasa takut dan was-was untuk tidak bergantung pada hegemoni orang kafir; kekejaman dan ketidakadilan mereka. Menurut ayat 104 Surah Al-Nisa, yang bermaksud: 

وَلَا تَهِنُوا۟ فِى ٱبْتِغَآءِ ٱلْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا۟ تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ١٠٤
"Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Qs, An-Nisaa' 4:104).

Ayat-ayat ini adalah konsep operasi "janji benar" «وعده صادق»; Kerana hari ini Iran lebih yakin dan berazam untuk berhadapan dengan musuh di mana-mana peringkat konfrontasi. Oleh itu, masa di mana kita dilanggar dan tidak bertindak balas telah berlalu, dan dengan keteguhan rakyat dan keberanian untuk menentang dan bergantung pada senjata buatan sendiri, yang menakutkan musuh, kita dapat memberikan pukulan yang teruk kepada musuh. Sebagaimana firman Allah Yang Maha Tinggi: 

وَدَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةًۭ وَٰحِدَةًۭ ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًۭى مِّن مَّطَرٍ أَوْ كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَن تَضَعُوٓا۟ أَسْلِحَتَكُمْ ۖ وَخُذُوا۟ حِذْرَكُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ أَعَدَّ لِلْكَـٰفِرِينَ عَذَابًۭا مُّهِينًۭا ١٠٢
"Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina". (Qs, An-Nisaa' 4:102).
 

Kemungkinan ini wujud, pertempuran berterusan dan paksi penentangan terus menyokong penduduk Gaza berdasarkan ajaran Islam dan Al-Quran. Oleh itu, kegagalan membantu orang Islam dan tidak membela mereka adalah pengkhianatan yang Allah menghukum orang Islam oleh sebab mereka tidak bersedia memberi bantuan segera kepada rakyat Gaza. 

Hari ini, Republik Islam juga telah membuktikan bahawa ia adalah kerajaan ilahi dan Al-Quran, ia tidak pernah menerima penyerahan diri dan tidak mempedulikan sebarang ancaman. Republik Islam Iran telah membuktikan bahawa ia adalah satu-satunya negara yang mengambil berat tentang umat Islam dan slogan menghapuskan Rejim Zionis Penceroboh. Allah Ta'ala berfirman dalam ayat 5 Surah Al-Israa: 

فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًۭا لَّنَآ أُو۟لِى بَأْسٍۢ شَدِيدٍۢ فَجَاسُوا۟ خِلَـٰلَ ٱلدِّيَارِ ۚ وَكَانَ وَعْدًۭا مَّفْعُولًۭا ٥
"Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku". (Qs, Al-Israa' 17:5).

Umat Islam kontemporari mesti letak diri di bawah perintah Wali Faqih, kita tunduk kepada keputusannya, kita taat kepadanya dan terus berjuang dan menentang di jalan Islam, kedaulatan dan kemanusiaan, pertempuran kita tidak akan berhenti sehingga musuh Zionis menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat yang ditindas di Gaza. 

Walaupun seluruh dunia bersatu menentang kita, kita menang dan hari-hari mendatang akan membuktikannya. Ini adalah tradisi Al-Quran ilahi yang insya-Allah akan dipenuhi. 

Jika musuh meneruskan serangan dan kebodohannya, dia akan menerima balasan yang sesuai, dan ini dinyatakan dalam perintah Al-Quran yang mengatakan: 

عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يَرْحَمَكُمْ ۚ وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا ۘ وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَـٰفِرِينَ حَصِيرًا ٨
"Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat)". (Qs, Al-Israa' 17:8).

tanda nama: Janji benar
captcha