IQNA

Mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC);

Arab Saudi: Cegah campur tangan asing di Afghanistan

13:44 - December 20, 2021
Berita ID: 3100542
TEHRAN (IQNA) - “Campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal Afghanistan mesti dihalang,” kata menteri luar Arab Saudi pada mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam di Afghanistan.

Laporan IQNA, menukil geo.tv; Mesyuarat khas ke-17 Majlis Menteri Luar OIC bermula pagi Ahad 19 Disember, dengan dihadiri 20 menteri luar dan timbalanny dari seluruh dunia Islam di Islamabad di dewan Perhimpunan Kebangsaan Pakistan.

Wakil tujuh puluh negara hadir pada mesyuarat ini.

Mesyuarat yang akan membincangkan situasi kemanusiaan di Afghanistan itu dihoskan oleh Pakistan selaku ketua Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Luar Pakistan Shah Mahmud Quresyi.

Pada pertemuan itu, Menteri Luar Arab Saudi berkata bahawa campur tangan asing di Afghanistan harus dicegah.

Bercakap pada mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam Afghanistan di Islamabad, Faisal bin Farhan meminta respons positif terhadap pemberian bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan.

Beliau menekankan keperluan untuk memerangi ekstremisme dan keganasan di Afghanistan dan menambah: "Hak asasi manusia di Afghanistan mesti dihormati dan campur tangan asing di dalamnya mesti dihentikan."

Farhan menegaskan: Rakyat Afghanistan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang serius.

Semalam, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan memberi amaran bahawa jika masyarakat antarabangsa tidak membantu Afghanistan tepat pada masanya, krisis kemanusiaan besar akan berlaku.

Beliau menambah: "Negara ini mungkin sekali lagi menjadi syurga bagi pengganas antarabangsa."

Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi sebelum ini berkata bahawa Afghanistan berada dalam keadaan kritikal dan jika tidak ditangani, krisis kemanusiaannya mungkin bertambah teruk.

Sambil menekankan bahawa keadaan di Afghanistan semakin merosot, beliau berkata: "Adalah demi kepentingan seluruh dunia bahawa keadaan di Afghanistan tidak menjadi lebih buruk."

Pada pertemuan itu, Pakistan mencadangkan strategi enam perkara untuk menangani krisis kemanusiaan, diantaranya; keselamatan makanan dan pemulihan ekonomi Afghanistan, serta pembinaan kapasiti institusi untuk menentang keganasan.

4021959

captcha