IQNA

Pelarian di kem Rohingya dalam ketakutan, terima ancaman bunuh

17:01 - November 06, 2021
Berita ID: 3100371
TEHRAN (IQNA) - Beberapa ahli kumpulan sukarelawan yang membela Rohingya dalam kem pelarian etnik itu turut menerima ancaman bunuh selepas insiden kematian aktivis, Mohib Ullah di tangan pembunuh upahan, sebelum ini.

Ullah adalah pemimpin komuniti kepada 850,000 etnik Rohingya, maut selepas ditembak empat penyerang tidak dikenali di sebuah kem pelarian selepas beliau menunaikan solat Maghrib, akhir September lalu.

Kesan darah yang masih ada di lokasi pembunuhan itu terus menghantui etnik Rohingya di kem pelarian terbabit.

Selain itu, mereka turut berdepan ketakutan apabila terdapat beberapa ahli kanan kumpulan sukarelawan terbabit menerima ancaman sama.

Salah seorang etnik Rohingya itu yang hanya mahu dikenali sebagai Noor berkata, dia percaya akan ada pembunuhan berlaku lagi terhadap mereka.

captcha