Laporan IQNA, Al-Quran tentu menjadi kitab bacaan wajib secara logis Islami, juga untuk mentadabur dalam ayat-ayatnya oleh setiap muslim sebagai yang dinasihatkan oleh Allah swt dalam FirmanNya :
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الأَلْبَابِ
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu, Kitab yang banyak faedahnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya (mentadabur), dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Qs. Saad 38:29)
Kata Tadabbur dengan kata terbitannya digunakan sebanyak 44 kali dalam 11 bentuk dalam Al-Quran, 4 daripadanya merujuk kepada kata tadabbur dalam Al-Quran;
1. Dalam surah An-Nisaa' Ayat 82
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."(QS, An-Nisaa' 4:82)
2. Dalam surah Saad Ayah 29: Yang telah disebutkan diatas.
3. Dalam surah Al-Mu'minuun Ayat 68:
أَفَلَمْ يَدَّبَّرُوا الْقَوْلَ أَمْ جَاءَهُمْ مَا لَمْ يَأْتِ آبَاءَهُمُ الْأَوَّلِينَ
"Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?" (QS, Al-Mu'minuun 23:68)
4. Dan Dalam surah Muhammad ayah 24:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ
"Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?". (QS. Muhammad 47:24)
Memetik kata laluan Majlis Tilawah Quran (MTQ) peringkat antarabangsa yang setiap tahun di adakan oleh negara Malaysia. Pada MTQ 2019, yang diucapkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama, Dr Mujahid Yusof, yang perlu disoroti sebagai semarakkan Aktiviti Qurani dengan kata-kata beliau: "Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa, adalah suatu majlis tahunan yang kita tunggu-tunggu. Ia bukan sahaja majlis untuk mendengar dan menghakimi kualiti bacaan Al-Quran pada para peserta, tetapi paling penting untuk mentadabur kandungan Al-Quran, yang menjadi kitab Allah, petunjuk bagi umat manusia".
Tadabur dalam kandungan Al-Quran patut diperkasakan kerana ini merupakan perkara yang amat perlu dan penting untuk manusia mendapatkan keberkahan dan ingatan yang berharga dari firman-firman Tuhan, selagi Tuhan masih memberi peluang hidup untuk setiap orang dari kita.
Pada ruangan ini IQNA berusaha membentangkan Apa makna mentadabur kandungan ayat-ayat suci Al-Quran, yang dipetik dari kajian farsi.khamenei.ir; Kata mentadabur memiliki kata dasar tadabbur berasal dari Bahasa Arab (ٌتَدَبُّر) 'tadabbur' sepadan makna kata 'renung' dalam Bahasa Melayu. Adapun 'renungan' Ia adalah proses kecerdasan hati sanubari yang bersifat holistik dan merangkumi semua deria dan alat kognisi (proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu atau pengamatan yang berlaku dalam otak, arti kognisi menurut kamus Bahasa Melayu), tetapi tadabbur tidak khusus untuk perkara visual seperti pemikiran (tafakkur), bahkan tadabbur jauh lebih luas daripada empat perkataan yang sinonim dengannya iaitu:
Khulasah: Tafakkur, Ta'akkul, Tafaqquh dan Tazakkur semua sebagai proses dalam Tadabbur; berjalin dengan unsur-unsur ini, dan berada pada darajat kefahaman yang lebih tinggi yang mencakup semua keempat proses pengenalan tersebut. Oleh sebab itu, tadabbur adalah istilah khusus yang digunakan oleh wahyu Al-Quran untuk pengenalan yang mendalam dalam keseluruhan AI-Quran sehingga mencapai kehidupan Qurani.