IQNA

Perspektif: Kemiskinan dalam Teks Islam

16:22 - May 24, 2022
Berita ID: 3101108
TEHRAN (IQNA) - Kadang-kadang timbul persoalan dengan memperhatikan ayat-ayat Al-Quran tentang kemiskinan dan kekayaan, apakah pandangan Islam tentang kemiskinan dan kekayaan, dan yang mana satu yang dianggap berharga? Tetapi dengan mengkaji teks-teks Islam, menjadi jelas bahawa jawapan kepada soalan ini tidaklah begitu mudah.

Laporan IQNA; Apabila merujuk kepada teks-teks Islam, menjadi jelas bahawa tidak mungkin untuk membentangkan satu bacaan serentak tentang fenomena "kemiskinan", "kekayaan", "harta", dan lain-lain sama sekali.

Jika kita ingin mempunyai laporan minima dari sudut teks Islam dengan konsep ekonomi ini, nampaknya terdapat lima jenis kumpulan teks yang berurusan dengannya:

1. Kumpulan teks memuji kemiskinan. Nabi (SAW) bersabda:
الفقر فخری - alfaqru fakhri - yang bermaksud : "Kemiskinan adalah kebanggaanku",

Juga dikatakan bahawa pada hari kiamat, orang-orang miskin akan menjadi golongan pertama yang masuk syurga atau beberapa laporan lain.

2. Kumpulan teks yang bersikap negatif terhadap kemiskinan;
«کاد الفقر ان یکون کفرا» - kaadal faqru anyakuna kufran - jika kita ingin menerjemahkan hadis ini dengan beberapa maksudnya kita mesti mengatakan bahawa: "Hampi-hampir kemiskinan itu membawa kepada kekufuran", atau kekadang kemiskinan menjadi bentuk kekafiran" sehingga juga boleh bermakna: "kemiskinan hampir tidak bermakna kecuali kekafiran."

3. Terdapat juga laporan teks riwayat yang menghargai perkembangan kekayaan dan harta untuk keluarga.

4. Terdapat juga laporan yang mencela dan melarang untuk menimbun kekayaan dan harta, seperti ayat : 

یا أَیهَا الَّذِینَ آمَنُوا إِنَّ کثِیرً‌ا مِّنَ الْأَحْبَارِ‌ وَالرُّ‌هْبَانِ لَیأْکلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَیصُدُّونَ عَن سَبِیلِ اللَّهِ وَالَّذِینَ یکنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا ینفِقُونَهَا فِی سَبِیلِ اللَّهِ فَبَشِّرْ‌هُم بِعَذَابٍ أَلِیمٍ

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Qs, At-Taubah 9:34)

5. Ada juga laporan lain, iaitu tentang; «کفاف» "Kafaf"- kecukupan - yang kurang mendapat perhatian orang ramai. «کفاف» adalah keadaan antara kemiskinan dan kekayaan, yang diartikan sebagai keadaan yang berkecukupan, yang mana manusia tidak berkekurangan dan tidak juga mempunyai baki kelebihan. Seseorang memakan dan menggunakan tidak lebih dari yang dia perolehi (pendapatan dan perbelanjaan yang seimbang); Keadaan ini telah mendapat sanjungan tinggi dan dikatakan hamba-hamba Allah yang istimewa berada dalam keadaan ini.

* Dipetik daripada catatan Syed Mohammad Hadi Gerami, ahli fakulti Institut Pengajian Kemanusiaan dan Kebudayaan mengenai gagasan ekonomi Islam.

captcha