IQNA

Syarat vaksinasi Arab Saudi mengenai jemaah haji

18:02 - May 09, 2022
Berita ID: 3101058
TEHRAN (IQNA) - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa syarat utama untuk mendaftar jemaah haji tahun ini adalah calon jemaah haji hendaknya telah divaksin dengan vaksin yang diluluskan Saudi.

Laporan IQNA, memetik Al-Arabiya; Kementerian Haji Arab Saudi mengumumkan dalam mesej: Jemaah haji tahun 1443 Hijrah mesti melengkapkan vaksinasi mereka untuk mencegah penyakit Covid dengan salah satu vaksin yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Kementerian Haji dan Umrah Saudi juga mengumumkan musim umrah bagi mereka yang datang dari luar negara dengan visa umrah akan berakhir pada 30 Syawal (1 Jun).

Ketua Pertubuhan Haji dan Ziarah Iran Husseini, turut menegaskan dalam sidang media semalam bahawa pendaftaran haji 1443 telah bermula hari Ahad semalam, dan mengumumkan tiga syarat Arab Saudi bagi jemaah haji.

Merujuk kepada syarat usia Arab Saudi untuk Haji, yang ditetapkan pada usia kurang daripada 65 tahun, Husseini menyatakan: Sistem elektronik pendaftaran haji akan menolak mendaftarkan orang yang berumur lebih dari 65 tahun.

Beliau mengumumkan bahawa syarat kedua kerajaan Saudi adalah vaksinasi, Arab Saudi telah membenarkan 10 vaksin untuk jemaah haji, antaranya dua vaksin "Astrazenka" dan "Sinofarm" berada dalam bakul vaksin Iran dan jemaah haji mesti menyuntik dua dos.

Merujuk kepada syarat ketiga Arab Saudi semasa menunaikan haji, Husseini berkata: "Jemaah haji mesti menjalani ujian PCR 72 jam sebelum berlepas berangkat dan mempunyai sijil negatif."

Semoga semua jemaah selamat dan sihat sejahtera.

4055346

captcha