IQNA

Majlis Ulama tegaskan vaksin Pfizer haram

10:56 - September 01, 2021
Berita ID: 3100057
TEHRAN(IQNA)- Naib Ketua Dewan Halal Nasional Majlis Ulama Indonesia (MUI), Muhamad Nadratuzzaman Hosen menegaskan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech haram namun boleh digunakan kerana keadaan darurat pandemik.

“Untuk Pfizer dan AstraZeneca diketahui haram. Haram tapi boleh digunakan kerana ada keperluan dan keadaan darurat,” katanya seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Beliau berkata, fatwa lengkap mengenai vaksin Pfizer akan disiarkan kepada umum dalam waktu dekat.

Namun, keputusan soal fatwa itu sudah dikeluarkan oleh MUI sejak beberapa hari lalu.

Lebih lanjut, beliau meminta umat Islam tak perlu bimbang untuk menggunakan vaksin Pfizer.

Ia menegaskan vaksinasi merupakan upaya dan ikhtiar bersama umat Islam untuk mencegah Covid-19.

Ilmuan kedokteran Muslimin perlu kerahkan segala kemampuan penelitian untuk memastikan penggunaan vaksin dan perobatan halal hingga pencapaian had darurat.

utusan

captcha